top of page
Search

GETARAN: NEHSAN SELVARAJ HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI DUBAI

Writer's picture: NS TEAMNS TEAM

Updated: Aug 25, 2022



Pelukis kelahiran Malaysia, Nehsan Selvaraj, 24, telah mengharumkan nama Malaysia apabila telah terpilih untuk mempamerkan bakat seninya di ‘Dubai International Financial Centre (DIFC) Art Night’ yang telah berlangsung di Dubai pada penghujung Mac lalu.

Lebih membanggakan, Nehsan Selvaraj adalah wakil pertama dari Malaysia yang diberikan penghormatan untuk mempamerkan hasil seninya di acara itu.

‘DIFC Art Night’ ialah acara yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan kerajaan Dubai. Malam seni ini menampilkan seni, budaya dan hiburan yang unik yang dipersembahkan oleh artis dari seluruh dunia yang menetap di Dubai.

Idea acara ini adalah untuk menawarkan pengunjung pengalaman melihat sendiri secara eksklusif karya seni, arca dan persembahan baharu yang bertemakan ‘The Future Is Here”.


Tahun ini merupakan edisi ke-13 penganjuran DIFC Art Night dan setelah dua tahun mencuba nasib untuk mempersembahkan karya seninya di sini, akhirnya Nehsan Selvaraj telah diberi peluang pada tahun ini.

Selepas melalui dua tahun yang mencabar, Nehsan tampil dengan karya seni luar biasa yang dipanggil Illusion Life dan Illusion Life 2 di mana karya-karya hebatnya ini telah menarik perhatian penganjur.


Kedua-dua karya hebat ini telah diilhamkan oleh ‘Navarasam’, sembilan emosi iaitu cinta, kegembiraan, keajaiban, keberanian, kedamaian, kesedihan, kemarahan, ketakutan serta jijik. Ia adalah emosi asas yang akan dialami oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka.

Warna yang lebih terang menunjukkan emosi yang sihat dan positif seperti cinta, ketawa, keserasian dan sebagainya.

Mempunyai emosi yang sihat dan positif menjadikan anda lebih bersinar. Dan emosi ini dipamerkan menerusi bintik-bintik emas di seluruh karya seni ini.


Manakala warna yang lebih gelap pula menggambarkan kesedihan, kemurungan, kesunyian dan rasa takut. Tetapi dalam kehidupan, kita sentiasa berusaha untuk mencari sisi yang lebih cerah.

Ini adalah fitrah manusia. Apa yang kita lihat mungkin bukan kebenaran yang sepenuhnya. Apa yang kita tidak tahu mungkin menjadi petunjuk hidup kita. Ini adalah ilusi dan inilah yang menghidupkan kehidupan.

Menurut Nehsan, dia mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk menyiapkan sepenuhnya karya-karya ini.


Antara cabaran yang dilalui untuk menghasilkan karya ini adalah untuk memasukkan semua elemen emosi dalam semua lukisan kerana ia perlu dilakukan dalam beberapa lapisan dan menuntut kesabaran yang tinggi untuk melakukannya.


Cat akrilik dan daun emas adalah antara bahan campuran yang digunakan untuk mencipta seni yang menakjubkan ini di atas kanvas.

Usaha dan dedikasi yang telah dilaburkan Nehsan dalam menghidupkan seni ini telah menjadikan hasilnya indah dan menjadi salah satu karya agungnya.


Malah pemuda ini juga sentiasa mencari cara untuk membanggakan rakyat Malaysia ke mana sahaja dia pergi.

Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai karya-karya Nehsan Selvaraj, anda boleh lawati laman sesawang rasminya di www.nehsanselvaraj.com. - Getaran, 17 April 2022




41 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Subscribe Form

  • instagram
  • facebook
  • youtube
  • twitter
  • linkedin

Copyright © 2024 Nehsan Selvaraj. All Rights Reserved.

bottom of page